Komik Antidadah

Posted on August 3, 2009 - Filed Under | Leave a Comment

picture-015.jpg
Siang hari, mak cik sedang berjalan. Sebuah motosikal melalui dan meragut beg tangannya dengan tiba-tiba, lalu dia terjatuh dan kepalanya terhantuk ke atas bahu jalan..
 picture-0161.jpg
Malam, seorang pemuda sedang berjalan. Beberapa orang muncul dan merompaknya, dia memberontak dan perompak mengangkat parang lalu menetak kepalanya…
picture-018.jpg
Di pusat hiburan, seorang gadia telah mengambil pil ecstasy, dengan penuh ‘high’ dia menari dan menggelang kepalanya. Selepas, dia dibawa keluar dan dirogol secara bergilir-gilir.
picture-019.jpg
Di terminal bas, orang ramai lalu-lalang. Di tingkat teratas, muncul seorang lelaki berbogel, bercakap sendirian, diburui ketakutan kemudian dia terjun ke bawah…Rakannya berkata:”Dia mengambil ‘ice'(syabu), sering dengar bunyi yang pelik.”
picture-020.jpg
Kini terdapat kes-kes dahsyat seperti meragut, pembunuhan, rogol dan bunuh diri, kami percaya kebanyakannya adalah dipengaruhi oleh dadah moden. Pihak polis berkata:”jenis dadah sintetik moden ini adalah punca kes jenayah dan masalah sosial masyarakat.”
picture-023.jpg
Kemunculan jenis dadah sintetik yang moden seperti pil ecstasy, syabu, ketamine, elamine 5, adalah perangsang fizikal dan mental yang sangat kuat. Penggunaan berterusan 2-3 kali akan ketagihan dan akhirnya membawa kemusnahan.

 picture-025.jpg
Seorang pelatih dari pusat pemulihan dadah Charis berkata:”Dadah dulu tu bawa mabuk tapi orang masih sedar, sekarang…aah, dadah baru bawah mabuk tapi orang jadi hilang akal, ‘high’ macam anjing gila…dulu masa kami ambil dadah buat kami berani rompak, hanya mau dapat wang saja, tapi kini dadah baru jadi orang rasa takut, cepat marah, dan boleh jadi ganas sangat.”

picture-026.jpg
Dengan kos rendah, penghasilan cepat, mudah dibeli, senang dibawa; dadah sintetik menjadi pilihan utama di tempat hiburan serta ramai menganggapnya untuk alat hiburan sahaja, tidak akan ketagih, menguruskan badan, tidak akan merosakkan…
picture-024.jpg
Sasarannya adalah remaja dari keluarga yang kaya, kekurangan kasih sayang dan mengejar trend terkini semata-mata. Mengikut statistik daripada pusat pemulihan Charis 2005, 21% daripadanya adalah remaja di bawah umur 25 tahun yang mengambil dadah sintetik, kes fikiran terganggu semakin bertambah.
picture-021.jpg
“Pada mulanya, saya ingin cuba dan hanya main-main saja, anggap ini boleh dihentikan. Tapi apabila mood tidak baik saya ingatlah dadah, gian ini sukar dilawan…lepas main saya berani melakukan gila..saya pernah pecah semua cermin di dalam rumah.” seorang pelatih dari Sarawak berkata.
picture-022.jpg
Ah Guang berkata:”Sesetengah orang tidak semestinya mempunyai delusi yang banyak, tetapi pengambialn dadah sintetik meningkatkan keinginan hubungan seks. Bagi perempuan, ini sebenarnya adalah ubat perangsang seks.
picture-028.jpg
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Bermula daripada pengajaran keluarga dengan memberi lebih kasih sayang kepada remaja supaya mereka tidak akan diajari melalui internet, televisyen dan rakan yang tidak baik.
picture-029.jpg
Utamakan keluarga. Mengambil berat, mengajar dan membimbing anak-anak kita. Jangan sampai ahli dalam keluarga terlibat dalam dadah atau menjadi mangsa ragut barulah menyesal.
picture-030.jpg
Orang muda: kebebasan memilih adalah hak anda. Adalah anda hendak memusnahkan masa depan dan hidup anda?Pilihan yang bijak.
  • About

    This is an area on your website where you can add text. This will serve as an informative location on your website, where you can talk about your site.