Lorong & Sudut PPDa

Apabila anda mendengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas– heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara. Apakah sebenarnya dadah? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, pihak sekolah telah menyediakan laluan PPDa untuk menyebarkan maklumat kepada semua pelajar, pihak pentadbir, kakitangan sekolah dan komuniti luar tentang keburukan pengambilan dadah. Sepanjang tempoh aktiviti anti dadah para pelajar menujukkan minat dengan sebaran yang diadakan sepanjang laluan PPDa. Selain itu, para pelajar turut menandatangani banner tanda setuju untuk tidak melibatkan diri dengan najis dadah.


Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


This site is protected by Comment SPAM Wiper.