May 31st, 2018

AIDS ialah singkatan untuk ACQUIRED IMMUNE DEFICIENCY SYNDROME atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.

Penyakit ini disebabkan oleh virus HIV, atau “Human Immunodeficiency Virus” yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan.

Apakah Akan Berlaku?

Virus HIV menyerang sel-sel darah putih (sel untuk melawan penyakit) dan menggunakan sel-sel badan ini sebagai “kilang” untuk mengeluarkan lebih banyak HIV. Akibatnya sel-sel ini dimusnahkan.

Apabila ini berlaku, badan kita tidak berdaya melawan, apa juga penyakit.

Cara Jangkitan Melalui : Darah, Air Mani, Cecair Faraj

Kita harus mencegah cecair ini (dari seorang yang mengidap HIV) dari mengalir ke dalam badan kita.

HIV boleh memasuki badan kita melalui 3 cara :

Hubungan seks dengan orang yang mengidap HIV.
Pemindahan darah yang dicemari HIV
Dari ibu hamil yang dijangkiti HIV kepada bayi yang dikandungnya.

-Di Malaysia semua pendermaan darah, air mani, tisu dan anggota badan akan diuji untuk memastikan ketiadaan HIV.
-Elakkan dari berkongsi benda yang mungkin ada kesan darah orang lain seperti pisau cukur, beerus gigi atau alat suntikan.
-Peringatan Kepada Penagih Dadah
-Bila anda berkongsi alat suntikan, anda juga berkongsi darah dan HIV.

Bagaimana Dengan Hubungan Seks Saya ?

-Jangan melakukan seks dengan orang-orang yang anda tidak diketahui latarbelakang dan taraf kesihatannya
-Seks rambang : kemungkinan mendapat AIDS tinggi.
-Untuk perlindungan anda, gunakan kondom dengan cara pemakaian yang betul.
-Untuk kesempurnaan hidup, paling baik anda dapat pasangan seks yang tetap dan berkekalan.

HIV Tidak Merebak

HIV tidak merebak melalui bersalaman, sentuhan, batuk-batuk, berenang, gigitan serangga, tempat duduk, berkongsi tandas, berhimpit-himpit di tempat sesak ….. anda tidak perlu bimbang bila menjalankan aktiviti seharian anda di kalangan orang ramai.

Tanda-Tanda AIDS

Tanda-tanda yang ketara :

– Susut berat badan lebih daripada 10%
– Demam berpanjangan, melebihi satu bulan
– Cirit-cirit yang berlarutan melebihi 3 minggu.
– Kelesuan badan yang berlanjutan.

Tanda-tanda yang lain termasuklah :

Batuk-batuk berterusan, penyakit kulat di mulut, gatal-gatal kulit dan bengkak kelenjar yang melebihi satu bulan.
Tanda-tanda ini terdapat juga pada penyakit biasa yang tidak merbahaya.
Dapatkan nasihat doktor anda jika ada apa-apa keraguan tentang punca masalah kesihatan anda.

Jika anda fikir anda dijangkiti HIV, anda dinasihati menjalankan ujian darah. Ujian darah adalah untuk memberi petunjuk awal sekiranya seseorang itu dijangkiti HIV. Keputusan ujian HIV adalah sulit. Kerahsiaannya terpelihara.

Jadilah manusia yang bertanggungjawab. Lakukanlah ujian HIV untuk kebaikan semua.

Entry Filed under: Uncategorized

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Pages

Recent Posts

Meta

Categories