AADK

Image result for risalah anti dadah

Add comment June 5th, 2018

KERATAN AKHBAR

Image result for risalah anti dadah

Add comment June 5th, 2018

STIMULAN

Image result for risalah anti dadah

Add comment June 5th, 2018

Image result for risalah anti dadah

Add comment June 5th, 2018

D.I.A

Image result for risalah anti dadah

Add comment June 5th, 2018

DADAH

Related image

Add comment June 5th, 2018

RISALAH AADK

Image result for risalah anti dadah

Add comment June 5th, 2018

Image result for poster dadahImage result for poster dadahImage result for poster dadah

Add comment May 31st, 2018

Kastam rampas dadah RM71 juta

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 1.187 tan dadah jenis methamphethamine bernilai lebih RM71 juta di sebuah pasar raya mini di Seri Kembangan, Selangor, Selasa lalu.

Ia adalah rampasan terbesar setakat ini

Dalam operasi jam 7 malam bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu, lima lelaki berusia antara 22 hingga 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Tiga daripada suspek adalah warga Myanmar.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromaniam, berkata soal siasat ke atas suspek membawa kepada penahanan seorang wanita tempatan yang juga pengarah pasar raya itu berusia 31 tahun di Cheras, Selangor, pada hari yang sama.

“Keenam-enam suspek direman 10 hari bermula Rabu lalu sehingga Jumaat ini. Kami menzahirkan penghargaan atas kerjasama JSJN Bukit Aman dan ini adalah kejayaan terbesar,” katanya pada sidang media di pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan Tengah di sini, hari ini.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 750 gram heroin bernilai RM120,000 dirampas.

Selain itu, JKDM turut merampas 1.24 juta batang pokok putih, satu tan tembakau, 1.5 tan tembakau kunyah dan 1.3 tan ubat-ubatan pelbagai jenis yang belum diluluskan kastam. Semua rampasan itu bernilai RM95,000 dan cukai mencecah RM1 juta.

Subromaniam berkata, pihaknya menyerbu premis berkenaan selepas risikan mendapati suspek menerima sebuah kontena yang dicurigai.

Katanya, pemeriksaan ke atas kontena itu membawa kepada penemuan 1,187 bungkusan berwarna kuning yang setiap satu seberat satu kilogram.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi methamphethamine yang keseluruhannya seberat 1.187 tan bernilai lebih RM71 juta,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dadah itu yang diseludup dari Yangon, Myanmar, tiba di Pelabuhan Klang, Selangor.

Katanya, siasatan masih dijalankan kerana sindiket itu dipercayai ada hubungan dengan sindiket pengedaran dadah di Myanmar.

“Modus operandi sindiket itu adalah mendaftarkan bungkusan dadah sebagai bahan makanan dan ia untuk pasaran dalam negara,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

Add comment May 31st, 2018

Kini, resipi online ajar penagih ‘masak’ dadah sendiri

Presiden Pengasih berkata ada beberapa laman web dan forum atas talian yang boleh mengajar sesiapa jua “memasak” dadah sendiri.

yunus-drug-1

KUALA LUMPUR: Pusat pemulihan penagihan dadah, Pengasih bimbang kerana kini golongan remaja mempunyai akses mudah untuk mendapatkan dadah menerusi Internet dan telefon pintar.

Pengasas dan Presiden Pengasih Yunus Pathi berkata remaja biasanya mula terjebak dengan dadah yang dapat dibeli di jalanan.

“Bila mereka tidak mampu membelinya, mereka ke online dan cari resipi dadah yang mampu memberikan kadar khayal hampir sama dengan dadah dibeli di jalanan,” katanya.

Beliau berkata ada beberapa laman web dan forum online yang boleh mengajar sesiapa jua “memasak” dadah mereka sendiri.

“Jadi, kalau mereka tidak cukup duit untuk beli syabu, mereka cari resipi online di komputer atau telefon pintar dan pergi ke kedai perkakasan terdekat untuk beli bahan diperlukan,” katanya.

Beliau berkata bahan itu termasuk pencair cat dan gam, dan kedua-duanya barang murah yang mudah

Yunus berkata dadah juga diiklankan dan dijual menerusi aplikasi jaringan sosial.

“Pengedar akan guna ‘nama jalanan’ dadah sebagai status atau logo mereka. Apa yang perlu dibuat ialah hubungi saja mereka,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas yang diterima daripada penghuni Pengasih, dadah boleh didapati dengan mudah di jalanan.

“Dulu, orang terpaksa cari pengedar dadah. Mereka akan pergi pada mereka kerana tidak mahu pengedar tahu di mana mereka tinggal,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sekarang banyak pengguna memilih perkhidmatan penghantaran di mana pengedar akan terus ke rumah mereka dan hantar dadah.

“Terlalu mudah untuk dapat dadah. Sudah tentu, orang akan tuding jari, tetapi siapa yang hendak disalahkan?

“Anda hendak salahkan semuanya pada polis, Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana tidak sekat laman web, atau Jabatan Pendidikan kerana gagal tangani perangai itu? Tidak adil untuk buat begitu,” katanya.

Yunus berkata ini kerana penyalahgunaan dadah dan ketagihan berlaku di seluruh dunia dengan penawar kepada masalah sosial itu ialah menerusi pendidikan dan kesedaran.

“Pencegahan ialah penawar terbaik untuk menangani dadah dan ia perlu bermula dari rumah dengan ibu bapa,” katanya.

Yunus berkata beliau berharap kerajaan dapat menutuk laman web yang menyediakan “resipi” untuk memasak dadah.

Katanya, kerajaan juga perlu mengawal kedai perkakasan supaya individu bawah umur tidak boleh membeli bahan industri untuk masak dadah.

Awal tahun ini, Kementerian Dalam Negeri berkata 131,841 penagih dadah didaftarkan antara Januari 2010 hingga Februari tahun ini.

Daripada jumlah itu, 127,797 lelaki dan 4,044 perempuan.

Pengasih setakat ini menjadi satu-satunya pusat pemulihan dadah di Malaysia yang dikendalikan sepenuhnya oleh bekas penagih dadah.

Add comment May 31st, 2018

Next Posts Previous Posts


Pages

Recent Posts

Meta

Categories