KERATAN AKHBAR

 

 

 

KUALA LUMPUR � Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan terdapat pengedar dan penagih dadah di negara ini menggunakan video internet dalami YouTube sebagai panduan untuk menghasilkan sendiri dadah jenis syabu.

Banyak klip video YouTube yang mengajar cara-cara menghasilkan syabu menggunakan bahan-bahan kimia seperti meth oil, asid hidroklorik dan natrium hidroksida.

Cecair meth merupakan sejenis dadah bertoksik tinggi, manakala asid hidroklorik digunakan untuk menghasilkan ba�teri, mentol dan bunga api. Natrium hidroksida pula merupakan bahan kimia untuk merawat air dan pemprosesan logam.

Bahan-bahan itu kemudian diadun menggunakan pelbagai peralatan memproses dadah termasuk corong kaca, balang kaca, getah paip, alat pengering dan dapur

Pengarah Bahagian Penguat�kuasaan dan Keselamatan AADK, Zainudin Abdullah berkata, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan dadah jenis syabu mudah diperoleh di negara ini tanpa perlu diimport.

Disebabkan itu, katanya, sya�bu mudah didapati di pasaran gelap dan ramai penagih yang menggunakannya.

�Sesiapa sahaja boleh menghasilkan syabu kerana kaedah memproses dadah jenis ini boleh dipelajari di internet.

�Prosesnya pula hanya mengambil masa sehari. Bagaimanapun, kualiti dadah bergantung kepada kemahiran �tukang masak� itu sendiri. Semakin mahir dia mencampurkan bahan-bahan, dadah yang dihasilkannya akan lebih kuat,� katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Add comment May 31st, 2018

PENGENALAN PPDA

Apa itu PPDa?

MAKSUD

PPDa adalah singkatan kepada Pendidikan Pencegahan Dadah. Program ini merupakan salah satu program melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial lainnya.

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid-murid,guru,kakitangan pendidikan dan ibubapa.
  2. Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan jatidiri yang tinggi di kalangan murid dari segifiikal,emosi,rohani dan mental.
  3. Membentuk budaya sihat.tingkahlakupositif, dan amalan nilai-nilai murni di kalangan murid  sekolah.
  4. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah.
  5. Menyediakan alternetif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.

HARAPAN
Program ini perlu diteruskan dengan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk memberi impak yang lebih  dengan penglibatan murid yang lebih menyeluruh.  Ini adalah selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah

Add comment May 31st, 2018

ALKOHOL

Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan “mood”

• Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum

• Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski

• Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya.Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya.

•Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak.

Jenis-jenis arak

Rum, Wine, Scotch, Wiskey, Khamar, Samsu


Kesannya terhadap badan?

• Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat
• Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang


Faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?

• Faktor persekitaran contohnya :
• Mudah didapati
• Tidak mahal
• Pengiklanan yang menarik di media
• Faktor Sosial :
• Pengaruh rakan sebaya
• Latarbelakang keluarga
• Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
• Budaya
• Faktor Biologi :
• Keturunan
• Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Add comment May 31st, 2018

AIDS ialah singkatan untuk ACQUIRED IMMUNE DEFICIENCY SYNDROME atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.

Penyakit ini disebabkan oleh virus HIV, atau “Human Immunodeficiency Virus” yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan.

Apakah Akan Berlaku?

Virus HIV menyerang sel-sel darah putih (sel untuk melawan penyakit) dan menggunakan sel-sel badan ini sebagai “kilang” untuk mengeluarkan lebih banyak HIV. Akibatnya sel-sel ini dimusnahkan.

Apabila ini berlaku, badan kita tidak berdaya melawan, apa juga penyakit.

Cara Jangkitan Melalui : Darah, Air Mani, Cecair Faraj

Kita harus mencegah cecair ini (dari seorang yang mengidap HIV) dari mengalir ke dalam badan kita.

HIV boleh memasuki badan kita melalui 3 cara :

Hubungan seks dengan orang yang mengidap HIV.
Pemindahan darah yang dicemari HIV
Dari ibu hamil yang dijangkiti HIV kepada bayi yang dikandungnya.

-Di Malaysia semua pendermaan darah, air mani, tisu dan anggota badan akan diuji untuk memastikan ketiadaan HIV.
-Elakkan dari berkongsi benda yang mungkin ada kesan darah orang lain seperti pisau cukur, beerus gigi atau alat suntikan.
-Peringatan Kepada Penagih Dadah
-Bila anda berkongsi alat suntikan, anda juga berkongsi darah dan HIV.

Bagaimana Dengan Hubungan Seks Saya ?

-Jangan melakukan seks dengan orang-orang yang anda tidak diketahui latarbelakang dan taraf kesihatannya
-Seks rambang : kemungkinan mendapat AIDS tinggi.
-Untuk perlindungan anda, gunakan kondom dengan cara pemakaian yang betul.
-Untuk kesempurnaan hidup, paling baik anda dapat pasangan seks yang tetap dan berkekalan.

HIV Tidak Merebak

HIV tidak merebak melalui bersalaman, sentuhan, batuk-batuk, berenang, gigitan serangga, tempat duduk, berkongsi tandas, berhimpit-himpit di tempat sesak ….. anda tidak perlu bimbang bila menjalankan aktiviti seharian anda di kalangan orang ramai.

Tanda-Tanda AIDS

Tanda-tanda yang ketara :

– Susut berat badan lebih daripada 10%
– Demam berpanjangan, melebihi satu bulan
– Cirit-cirit yang berlarutan melebihi 3 minggu.
– Kelesuan badan yang berlanjutan.

Tanda-tanda yang lain termasuklah :

Batuk-batuk berterusan, penyakit kulat di mulut, gatal-gatal kulit dan bengkak kelenjar yang melebihi satu bulan.
Tanda-tanda ini terdapat juga pada penyakit biasa yang tidak merbahaya.
Dapatkan nasihat doktor anda jika ada apa-apa keraguan tentang punca masalah kesihatan anda.

Jika anda fikir anda dijangkiti HIV, anda dinasihati menjalankan ujian darah. Ujian darah adalah untuk memberi petunjuk awal sekiranya seseorang itu dijangkiti HIV. Keputusan ujian HIV adalah sulit. Kerahsiaannya terpelihara.

Jadilah manusia yang bertanggungjawab. Lakukanlah ujian HIV untuk kebaikan semua.

Add comment May 31st, 2018

INHALAN

Inhalan adalah wap kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan – menyebabkan kesan-kesan psikoaktif (mengubahminda). Orang ramai biasanya terdedah kepada inhalan namun ramai tidak menganggapnya sebagai dadah disebabkan  tujuan asalnya tidak begitu.

 

Dibahagikan kepada –  3 kumpulan utama :-

Kumpulan I  : sebatian organik meruap yang umum (seperti gam, penyembur dan pelarut)

Kumpulan 2 : nitrit meruap seperti  amil nitrit, butil nitrit, sikloheksil nitrit

Kumpulan 3 : Gas-gas ubat bius seperti nitrus  oksida (gas ketawa )

 

Produk-produk yang mengandungi sebatian organik meruap :-

1. Bahan kimia dobi, penanggal kotoran

2. Cat dan pencair cat

3. Pemetik api

4. “Liquid paper” dan lain-lain

 

Bahaya inhalan :

1. Memberi kesan yang sama seperti anestetik – memperlahankan fungsi badan

2. Apabila disedut, kesannya memabukkan; sedutan yang berterusan menyebabkan pengguna kurang rasa malu, kurang daya kawalan dan seterusnya hilang kesedaran

3. Sedutan kimia berkonsentrasi-tinggi yang terdapat dalam bahan pelarut seperti fluorocarbon dan gas butane menyebabkan kegagalan jantung dan kematian

4. Kematian disebabkan sesak nafas – Pengeluaran oksigen dari paru-paru dan sistem saraf pusat mengakibat pernafasan terhenti

 

Tanda-tanda penyalahgunaan inhalan:-

1. Sikap tidak ambil peduli atau murung

2. Bau nafas yang luar biasa atau bau bahan kimia pada pakaian

3. Pertuturan yang tidak jelas Mabuk, pandangan yang kacau atau bingung

4. Tanda-tanda cat pada muka atau jari

5. Mata yang merah atau berair, hidung berdarah

6. Tompok dan/atau kudis di keliling mulut

7. Pengguna inhalan yang kronik memaparkan tanda-tanda kerisauan, keseronokan, keradangan atau kegelisahan

 

 

Add comment May 31st, 2018

PUZZLE PPDA

Add comment May 31st, 2018

Dadah membawa padah

kesan-kesan buruk dadah

Add comment May 31st, 2018

Jenis-jenis dadah dan kesan-kesan buruknya

Kesan buruk penyalahgunaan dadah

Jenis-jenis dadah dan kesan-kesan buruk
Heroin dan Morfin—– • Mata berair
• Hidung berair
• Badan menggeletar dan menggigil
• Loya dan muntah
• Berat badan menurun
• Cirit-birit
• Kesukaran unuk tidur
• Kekejangan otot
• Cepat marah
• Koordinasi terjejas
Kokain—————  • Kesukaran untuk tidur
• Gangguan perasaan
Hallusinogen / LSD —• Kemurungan
• Keinginan untuk membunuh diri
• Hallusinasi
Depresen/ Barbiturat-• Kekejangan otot
• Nafas terhenti
Amfetamin———– • Kesukaran untuk tidur
• Gangguan perasaan

Add comment April 26th, 2018

Jauhi dadah

Jauhkan diri anda daripada dadah

 

Add comment November 19th, 2017

Sayangi Dirimu ,Dadah Membunuh

BERSAMA MENJANA BANGSA TANPA DADAH

Add comment November 19th, 2017

Next Posts Previous Posts


Pages

Recent Posts

Meta

Categories